Skip to main content

SOALAN LAZIM

Bolehkah Pemeriksaan Kesihatan dilakukan di PKU? Berapa harga yang dikenakan untuk melakukan ujian tersebut?

Pemeriksaan Kesihatan untuk pendaftaran pelajar baharu boleh dibuat di PKU dengan harga RM90.

Apakah waktu operasi PKU?

PKU beroperasi dari jam 8.00 am sehingga jam 7.30pm pada setiap hari Ahad hingga Rabu. Manakala, dari jam 8.00am hingga jam 6.00pm pada setiap hari Khamis. PKU tutup pada hujung minggu dan cuti umum.

Bagaimana cara untuk meminjam "First Aid Box"

Borang permohonan pinjaman "First Aid Box" perlu dimuat turun di laman web rasmi PKU. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke PKU sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh program.

Apakah cara membuat aduan berkaitan tahap kebersihan premis makanan UTHM

Terdapat dua cara dan kaedah membuat aduan berkaitan tahap kebersihan premis makanan di UTHM.

  • Menghubungi talian aduan di Pusat Kesihatan Universiti UTHM iaitu : 019-3929489
  • Emelkan aduan di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Adakah Pusat Kesihatan UTHM menjalankan inisiatif semburan kabus (fogging) di Kolej Kediaman?

Ya, semburan dijalankan menggunakan kaedah Ultra Low Volume ( ULV) dengan  kenderaan pacuan empat roda sebelum pelajar pulang dari cuti semester.

Bilakah waktu operasi Rawatan Pergigian di PKU UTHM?

Waktu Rawatan Pergigian adalah seperti berikut:

  • Ahad-rabu : 8.00am - 5.00pm
  • Khamis : 8.00am - 3.30pm
  • Rehat 1.00pm - 2.00pm
Berapa kerap untuk saya perlu berjumpa Doktor gigi?

Disarankan berjumpa Doktor gigi untuk memeriksa keadaan gigi dan mulut 2 kali setahun.

Adakah konsultasi dan ubat-ubatan di PKU dikenakan bayaran?

Caj bayaran yang dikenakan adalah bergantung kepada jenis- jenis ubat/konsultasi/pelan rawatan dan ianya tertakluk kepada skim kemudahan perubatan staff mahupun pelajar.

Bolehkah saya mengambil ubat di Farmasi PKU tanpa berjumpa dengan Doktor?

Pesakit perlu berjumpa dengan doktor/perawat terlebih dahulu untuk mendapatkan konsultasi yang betul sebelum mengambil ubat yang betul di farmasi.

Sebagai pelajar antarabangsa adakah saya layak mengambil dan menyambung ubat- ubatan kronik secara bulanan di PKU?

Untuk makluman PKU tidak menanggung kos perbelanjaan ubat-ubatan penyakit kronik bagi pelajar antarabangsa yang mendapatkan rawatan sama ada di PKU mahupun di klinik atau hospital luar.

Apakah fungsi fisioterapi?

Fisioterapi adalah terapi fizikal dimana ahli fisioterapi merawat  pesakit untuk mengembalikan fungsi fizikal pesakit semaksima yang mungkin dan memberi penerangan tentang masalah pada fungsi fizikal pesakit serta cara mengembalikan fungsi fizikal tersebut ke tahap optimum.

Apakah punca lutut sakit?

Punca lutut sering sakit adalah disebabkan otot vastus medialis oblique dibahagian peha dan paling hampir dengan lutut dalam keadaan yang lemah sehinggakan tidak dapat menampung beban badan pesakit sehinggakan tekanan dari tubuh badan diterima tulang lutut secara berlebihan dan menyebabkan tulang dan tisu didalam lutut berisiko cedera dan bengkak.

Adakah PKU menjalankan ujian saringan untuk Thalassaemia?

PKU tidak menjalankan Ujian Saringan untuk Thalassaemia.

Adakah PKU ada menjalankan ujian untuk mengetahui jenis darah.

Ya, PKU ada menjalankan Ujian Jenis darah tetapi dengan kadar bayaran yang ditetapkan

Berapakah kadar bayaran bagi Ujian Jenis Darah?

Kadar bayaran bagi ujian jenis darah ialah RM10.

Adakah x-ray merbahaya?

Ya. Penggunaan x-ray tidak harus dipraktikkan kecuali penggunaannya mendatangkan faedah yang ketara dan perlu dikendalikan oleh pekerja yang bertauliah.

Berapa dos radiasi yang saya terima bagi setiap pemeriksaan x-ray?

Dos yang diterima bergantung kepada jenis pemeriksaan dan faktor dedahan yang digunakan. Dos dari pemeriksaan x-ray am adalah lebih kecil berbanding dengan dos pemeriksaan CT scan.

Saya baru sahaja menjalani pemeriksaan x-ray. Bolehkah saya menjanlani x-ray sekali lagi dan adakah ianya memudaratkan?

Ianya tidak memudaratkan sekiranya dos yang diterima tidak melebihi had dos maksima yang dibenarkan.
Nota : Dos maksima yang disyorkan oleh Badan Pengawal Keselamatan Radiologi Antarabangsa (ICRP) bagi oang awam ialah 1mSv/tahun, iaitu bersamaan dengan 50 pemeriksaan x-ray dada.

Kenapa saya perlu menukar pakaian dan menanggalkan semua barang kemas sebelum menjalani pemeriksaan x-ray?

Pesakit dikehendaki menukar pakaian dan menanggalkan barang kemas sebelum menjalani pemeriksaan x-ray kerana dikhuatiri akan menghalang bahagian yang perlu di x-ray. Walau bagaimanapun tidak semua pemeriksaan memerlukan pesakit melakukan sedemikian.

Saya datang bulan. Bolehkan saya menjalani pemeriksaan x-ray?

Tiada halangan kepada pesakit perempuan yang datang bulan untuk menjalani pemeriksaan x-ray kecuali telah dikenalpasti bahawa dirinya mengandung atau lewat dating bulan. Sekiranya pesakit mengandung, sila beritahu Juru x-ray sebelum melakukan pemeriksaan x-ray.

Sila hubungi kaunter PKU untuk sebarang pertanyaan lanjut:

  • PKU Parit Raja (07-4537846) 
  • PKU Kampus Pagoh (019-392 9849)

Sekiranya terdapat sebarang aduan dan maklum balas yang ingin disampaikan, sila laporkan aduan anda di website WeCare@UTHMwecare