Skip to main content

 SEJARAH PENUBUHAN

Pusat Kesihatan Mahasiswa (PKM) ditubuhkan dan diletakkan di bawah pentadbiran Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) pada tahun 2002. Ketika itu PKM telah dianggotai oleh 2 orang Jururawat Terlatih, seorang Pembantu Tadbir dan seorang Pembantu Makmal Perubatan. Pada tahun 2003 terdapat 2 orang Pegawai Perubatan telah menganggotai PKM. Seorang daripada Pegawai Perubatan telah dilantik sebagai Ketua PKM. Pada tahun yang sama pentadbiran PKM telah dinaik taraf sebagai Pusat Tanggugjawab.


Pada tahun 2004, nama PKM telah ditukar kepada Pusat Kesihatan Universiti (PKU). Seorang Penolong Pegawai Farmasi dan seorang Penolong Pegawai Perubatan telah menganggotai PKU pada tahun 2005. Pada tahun 2006 pula PKU telah menubuhkan Unit Pergigian dan telah dianggotai oleh seorang Pegawai Pergigian dan Pembantu Pembedahan Pergigian. Pada tahun 2007, seorang Juruteknologi Makmal Perubatan telah menganggotai PKU.

Pada tahun 2008, PKU telah menubuhkan 2 unit baharu iaitu Unit X-ray dan Unit Kesihatan Persekitaran. Pada tahun yang sama, seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran telah menganggotai pusat ini. Jawatan Pengarah PKU telah diwujudkan dan sebuah bangunan tambahan PKU mula beroperasi. Pada tahun 2009, bangunan tambahan ini telah dirasmikan oleh Y.B Dato' Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Kemudian sebuah unit baru telah ditubuhkan iaitu Unit Fisioterapi dan telah dianggotai oleh seorang Jurupulih Anggota Perubatan. Seorang Juru X-ray turut menyertai PKU pada tahun ini.

Pada September 2017, perkhidmatan PKU telah diperluaskan oleh UTHM di Hub Pendidikan Pagoh dengan kekuatan 11 orang kakitangan. Sehingga kini, terdapat 18 orang kakitangan yang berada di sana dan telah dilengkapi dengan semua perkhidmatan kecuali X-Ray.

Pada tahun 2023, PKU telah mewujudkan Bahagian Kejururawatan, manakala Unit Teknologi Maklumat telah diserap ke Bahagian Pentadbiran dan Kewangan. Sehingga kini, jumlah keseluruhan kakitangan PKU adalah seramai 58 orang.