Skip to main content

 MISI

Pusat Kesihatan Universiti berhasrat memberikan perkhidmatan perubatan, kesihatan dan pergigian yang berkualiti dan bertaraf dunia agar dapat melahirkan warga universiti yang sihat bagi menerajui aplikasi sains dan teknologi untuk kemakmuran sejagat.

 VISI

Membawa organisasi ke arah perkhidmatan perubatan dan kesihatan peringkat Primer yang berkualiti serta terkini untuk meningkatkan kelestarian kesihatan warga universiti.

 OBJEKTIF

  • Menyediakan Pusat Kesihatan Universiti dengan kemudahan moden, berkualiti, lengkap dan terkini.
  • Mengesan dan merawat pesakit dengan professional dan efisyen.
  • Mencegah dan mengawal penyakit berjangkit.
  • Meningkatkan pengetahuan kesihatan di kalangan warga kampus dan masyarakat sekeliling.

 OBJEKTIF KUALITI

  • Memberi perkhidmatan kepada sekurang-kurangnya 90% pesakit luar dalam tempoh tidak melebihi 1 jam dari masa pendaftaran setiap hari bekerja.
  • Memastikan sekurang-kurangnya 90% perkhidmatan kecemasan selepas waktu pejabat diberikan dalam tempoh 30 minit dari masa panggilan diterima.
  • Memenuhi sekurang-kurangnya 90% daripada permohonan perkhidmatan perlindungan kesihatan (medical-cover) untuk aktiviti pelajar dan staf dipenuhi setiap tahun.