Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah ditubuhkan sejak 2002 dengan nama asal Pusat Kesihatan Mahasiswa (PKM). Ketika itu PKM diletakkan dibawah Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan dianggotai oleh 2 orang Jururawat Terlatih, seorang Pembantu Tadbir dan seorang Pembantu Makmal Perubatan. Penjenamaan semula telah berlaku pada 2004 dimana Pusat Kesihatan Mahasiswa (PKM) ditukar kepada Pusat Kesihatan Universiti (PKU). Sehingga kini PKU telah dianggotai seramai 57 orang staf. Dibahagikan kepada dua kampus, (PKU Kampus Parit Raja & PKU Kampus Pagoh). Terdapat beberapa perkhidmatan yang ditawarkan disini seperti Rawatan Pesakit Luar, Pergigian, Kecemasan, Pembedahan kecil, Fisioterapi, dan X-ray.Berdasarkan motto “Kesihatan Anda, Keprihatinan Kami”, kami di PKU berharap dapat meningkatkan kualiti kesihatan warga universiti dan masyarakat setempat.