RAWATAN PERUBATAN PESAKIT LUAR
Pengenalan
Rawatan perubatan pesakit luar merupakan perkhidmatan utama yang ditawarkan di Pusat Kesihatan Universiti dengan Pegawai Perubatan sebagai tunjang utama dan dibantu oleh kakitangan kumpulan pelaksana dari pelbagai unit dan jawatan.
Jawatan Pelaksana :-
1. Pen. Pegawai Perubatan
2. Jururawat Terlatih
3. Juru Teknologi Makmal Perubatan
4. Juru X-Ray (Kampus Pt. Raja)
5. Juru Pulih Anggota
6. Pen. Pegawai Farmasi
7. Pembantu Perawat Kesihatan
8. Pemandu Ambulan
HUBUNGI KAMI
- Kaunter PKU Parit Raja: 07-4537846
- Kaunter PKU Kampus Pagoh: 06-9741158
Perkhidmatan
Secara umumnya perkhidmatan pesakit luar ini akan mengendalikan kes dan rawatan perubatan seperti :-
- Rawatan kecemasan (kes kecemasan yang berlaku di sekitar Kampus UTHM).
- Rawatan am (pesakit luar, penyakit kronik, dll).
- Perkhidmatan pemeriksaan kesihatan.
- Rawatan fisioterapi.
- Perkhidmatan farmasi.
- Unit sokongan penyiasatan.
- Perkhidmatan X-ray.
- Perkhidmatan makmal perubatan.
- Rujukan ke hospital.
- Perkhidmatan "standby" (untuk program-program sukan, majlis-majlis rasmi UTHM, dll).
Lain-lain Perkhidmatan
- Perkhidmatan peminjaman "first-aid kit".
- Perkhidmatan peminjaman barang-barang perubatan.