PERKHIDMATAN FISIOTERAPI
Pengenalan
Fisioterapi adalah singkatan bagi fisio iaitu fisiologi yang membawa makna fungsi, dan terapi bermakna penjagaan. Fisioterapi membawa maksud penjagaan atau pemulihan kefungsian fizikal.
Rawatan fisioterapi yang dijalankan akan membantu seseorang kembali ke tahap fungsi fizikal tertinggi yang mampu dicapainya dengan tumpuan utama adalah kepada pergerakan terkawal dan seimbang serta peningkatan tenaga dan stamina untuk kebolehan bergerak yang lebih baik. Fisioterapi juga memberi rawatan untuk pesakit yang mengalami :
- Kecederaan semasa bersukan, ligament terluka dan kecederaan otot (sprains).
- Kondisi ketidakupayaan seperti "palsy', 'stroke' dan distrofi otot (otot mengecut).
- Masalah sakit sendi, Tulang belakang dan leher.
HUBUNGI KAMI
- Bahagian Fisioterapi PKU Parit Raja: 07-4537892
- Bahagian Fisioterapi PKU Kampus Pagoh: 06-9747155
Perkhidmatan
- Konsultasi dan khidmat nasihat.
- Rawatan menggunakan elektroterapi:
- Interferential therapy/TENS.
- Ultrasound.
- Paraffin wax.
- Sonotron.
- Laser.
- Infrared therapy.
- Rawatan untuk pesakit strok.
- Program rehabilitasi seperti:
- Amputation (lower limb).
- Spinal problem.
- Ambulation, bed mobility, transfer technique.
- Sport rehab.