Skip to main content

 PERKHIDMATAN MAKMAL PERUBATAN

Makmal Perubatan Pusat Kesihatan Universiti (PKU) telah mula beroperasi pada tahun 2007 dengan seorang Juruteknologi Makmal Perubatan. Penubuhan Makmal Perubatan PKU adalah bertujuan untuk membantu Pegawai Perubatan dalam proses diagnosis penyakit melalui pelaksanaan pemeriksaan dan analisis makmal.

Dalam menjalankan perkhidmatannya, Makmal Perubatan PKU turut menjalinkan kerjasama dengan Makmal Perubatan Hospital Kerajaan serta makmal perubatan swasta bagi menyokong keperluan pemeriksaan yang berkaitan.

Kini, Makmal Perubatan PKU mempunyai seramai tiga orang Juruteknologi Makmal Perubatan, iaitu dua orang bertugas di PKU Parit Raja dan seorang bertugas di PKU Kampus Cawangan Pagoh.

HUBUNGI KAMI
Makmal Perubatan PKU Parit Raja: 07-950 7845
Makmal Perubatan PKU Kampus Cawangan Pagoh: 07-950 8351

Perkhidmatan

  • Hematologi
  • Mikrobiologi
  • Imunologi & Serologi
  • Kimia klinikal

Pemeriksaan Kesihatan

1) Pemeriksaan Kesihatan bagi staf dan tanggungan  staf yang berumur 40 tahun dan ke atas.

      

Ujian Saringan Tanpa Nama