SOALAN LAZIM
Pemeriksaan Kesihatan untuk pendaftaran pelajar baharu boleh dibuat di PKU dengan harga RM90.
PKU beroperasi dari jam 8.00 am sehingga jam 7.30pm pada setiap hari Ahad hingga Rabu. Manakala, dari jam 8.00am hingga jam 6.00pm pada setiap hari Khamis. PKU tutup pada hujung minggu dan cuti umum.
Borang permohonan pinjaman "First Aid Box" perlu dimuat turun di laman web rasmi PKU. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke PKU sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh program.
Terdapat dua cara dan kaedah membuat aduan berkaitan tahap kebersihan premis makanan di UTHM.
- Menghubungi talian aduan di Pusat Kesihatan Universiti UTHM iaitu : 019-3929489
- Emelkan aduan di
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Ya, semburan dijalankan menggunakan kaedah Ultra Low Volume ( ULV) dengan kenderaan pacuan empat roda sebelum pelajar pulang dari cuti semester.
Waktu Rawatan Pergigian adalah seperti berikut:
- Ahad-rabu : 8.00am - 5.00pm
- Khamis : 8.00am - 3.30pm
- Rehat 1.00pm - 2.00pm
Disarankan berjumpa Doktor gigi untuk memeriksa keadaan gigi dan mulut 2 kali setahun.
Caj bayaran yang dikenakan adalah bergantung kepada jenis- jenis ubat/konsultasi/pelan rawatan dan ianya tertakluk kepada skim kemudahan perubatan staff mahupun pelajar.
Pesakit perlu berjumpa dengan doktor/perawat terlebih dahulu untuk mendapatkan konsultasi yang betul sebelum mengambil ubat yang betul di farmasi.
Untuk makluman PKU tidak menanggung kos perbelanjaan ubat-ubatan penyakit kronik bagi pelajar antarabangsa yang mendapatkan rawatan sama ada di PKU mahupun di klinik atau hospital luar.
Fisioterapi adalah terapi fizikal dimana ahli fisioterapi merawat pesakit untuk mengembalikan fungsi fizikal pesakit semaksima yang mungkin dan memberi penerangan tentang masalah pada fungsi fizikal pesakit serta cara mengembalikan fungsi fizikal tersebut ke tahap optimum.
Punca lutut sering sakit adalah disebabkan otot vastus medialis oblique dibahagian peha dan paling hampir dengan lutut dalam keadaan yang lemah sehinggakan tidak dapat menampung beban badan pesakit sehinggakan tekanan dari tubuh badan diterima tulang lutut secara berlebihan dan menyebabkan tulang dan tisu didalam lutut berisiko cedera dan bengkak.
PKU tidak menjalankan Ujian Saringan untuk Thalassaemia.
Ya, PKU ada menjalankan Ujian Jenis darah tetapi dengan kadar bayaran yang ditetapkan
Kadar bayaran bagi ujian jenis darah ialah RM10.
Ya. Penggunaan x-ray tidak harus dipraktikkan kecuali penggunaannya mendatangkan faedah yang ketara dan perlu dikendalikan oleh pekerja yang bertauliah.
Dos yang diterima bergantung kepada jenis pemeriksaan dan faktor dedahan yang digunakan. Dos dari pemeriksaan x-ray am adalah lebih kecil berbanding dengan dos pemeriksaan CT scan.
Ianya tidak memudaratkan sekiranya dos yang diterima tidak melebihi had dos maksima yang dibenarkan.
Nota : Dos maksima yang disyorkan oleh Badan Pengawal Keselamatan Radiologi Antarabangsa (ICRP) bagi oang awam ialah 1mSv/tahun, iaitu bersamaan dengan 50 pemeriksaan x-ray dada.
Pesakit dikehendaki menukar pakaian dan menanggalkan barang kemas sebelum menjalani pemeriksaan x-ray kerana dikhuatiri akan menghalang bahagian yang perlu di x-ray. Walau bagaimanapun tidak semua pemeriksaan memerlukan pesakit melakukan sedemikian.
Tiada halangan kepada pesakit perempuan yang datang bulan untuk menjalani pemeriksaan x-ray kecuali telah dikenalpasti bahawa dirinya mengandung atau lewat dating bulan. Sekiranya pesakit mengandung, sila beritahu Juru x-ray sebelum melakukan pemeriksaan x-ray.
Sila hubungi kaunter PKU untuk sebarang pertanyaan lanjut:
- PKU Parit Raja (07-4537846)
- PKU Kampus Pagoh (019-392 9849)